• Aktiviti Berfutsal Elite Rovers

    Pada 22 Februari bersamaan hari sabtu yang lalu kami telah bermain futsal dengan semua ahli ahli bertempat di Challenger Sports,Kepong.Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • Gathering Kumpulan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.

    Pada 25 Januari bersamaan hari Sabtu,satu gathering telah pun diadakan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.Sila Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • COMDECA 2014 (Community Development Project)

    APA ITU COMDECA? COMDECA adalah singkatan bagi Community Development Camp 2014. COMDECA merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang mana Pengakap Kelana akan turun padang bersama-sama didalam membangunkan masyarakat setempat. Fokus pada kali ini ialah masyarakat nelayan di salah sebuah perkampungan nelayan di Kuantan.

  • Mesyuarat Krew Yang Pertama Untuk Tahun 2014

    Assalamualaikum dan Salam Pengakap ,Kepada semua ahli pengakap kelana E Elite Rovers, anda semua dijemput menghadiri Mesyuarat Kumpulan yang akan di adakan di:- RESTORAN SERI MAHKOTA,SENTUL PUKUL 9:00 MALAM 23/1/2014 (Hari Khamis malam jumaat) Perlu diingatkan sini bahawa kehadiran adalah WAJIB kerana kita akan mengedarkan borang pendaftaran dan malam itu juga perlu diserahkan dan sesiapa yang lambat akan dikenakan denda. Sila bawa bersama duit sebanyak Rm 30 untuk urusan pendaftaran dan juga bayaran untuk gathering pertama kita untuk tahun 2014 ini. BENDAHARI :En Vickneshvar A/L Veerabalan sila datang untuk sesi kumpul duit...jalan kan tugas wokey.. ^^ Sekian, Terima Kasih.. ^^

Tuesday, February 25, 2014

COMDECA (COMMUNITY DEVELOPMENT CAMP) 2014



Selamat Datang ke COMDECA MALAYSIA 2014!

Aktiviti terbaru daripada Sekretariat Pengakap Kelana Negara dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang.

Program yang memfokuskan kepada pembangunan nelayan di salah sebuah kampung nelayan di Kuantan, Perkampungan Nelayan Balok.


APA ITU COMDECA?

COMDECA adalah singkatan bagi Community Development Camp 2014. COMDECA merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang mana Pengakap Kelana akan turun padang bersama-sama didalam membangunkan masyarakat setempat. Fokus pada kali ini ialah masyarakat nelayan di salah sebuah perkampungan nelayan di Kuantan.

APA KONSEP COMDECA NI?

Kita menerapkan 3 konsep didalam COMDECA iaitu:

1) Pembangunan Sosial (Social Development)
2) Keusahawanan Sosial (Social Entrepenurship)
3) Interaksi & Integrasi Sosial (Social Integration & Interaction)

Pembangunan sosial ialah dimana kita akan membina satu Kelas ICT & Kelas menjahit untuk masyarakat disana. Kelas ICT memfokuskan kepada pembangunan kanak-kanak dengan ilmu ICT manakala kelas menjahit kepada para isteri nelayan.

Keusahawanan sosial pula ialah dimana pengakap cuba membantu dengan memberikan peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat setempat. Bahasa mudahnya, kita memberikan joran dan bukannya ikan seperti kebiasaaan. Dalam program ini, kita akan mengadakan kelas menjahit untuk isteri nelayan disamping membantu keluarga nelayan menambah pendapatan keluarga dengan skil yang mereka pelajari dari kelas menjahit ini.

Interaksi & Integrasi sosial pula ialah dimana para peserta akan duduk, tidur dan merasai kehidupan nelayan dengan mereka akan ditempatkan di rumah-rumah nelayan sepanjang program. Inilah masanya para peserta berpeluang merasa pengalaman untuk hidup sebagai nelayan dan merasai serta menghayati kehidupan perit jerih para nelayan.



Berikut adalah link kepada website program ini.Anda juga boleh memuat turun borang untuk program ini dari link di bawah.

http://www.comdeca2014.co.vu/




0 comments :

Post a Comment