• Aktiviti Berfutsal Elite Rovers

    Pada 22 Februari bersamaan hari sabtu yang lalu kami telah bermain futsal dengan semua ahli ahli bertempat di Challenger Sports,Kepong.Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • Gathering Kumpulan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.

    Pada 25 Januari bersamaan hari Sabtu,satu gathering telah pun diadakan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.Sila Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • COMDECA 2014 (Community Development Project)

    APA ITU COMDECA? COMDECA adalah singkatan bagi Community Development Camp 2014. COMDECA merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang mana Pengakap Kelana akan turun padang bersama-sama didalam membangunkan masyarakat setempat. Fokus pada kali ini ialah masyarakat nelayan di salah sebuah perkampungan nelayan di Kuantan.

  • Mesyuarat Krew Yang Pertama Untuk Tahun 2014

    Assalamualaikum dan Salam Pengakap ,Kepada semua ahli pengakap kelana E Elite Rovers, anda semua dijemput menghadiri Mesyuarat Kumpulan yang akan di adakan di:- RESTORAN SERI MAHKOTA,SENTUL PUKUL 9:00 MALAM 23/1/2014 (Hari Khamis malam jumaat) Perlu diingatkan sini bahawa kehadiran adalah WAJIB kerana kita akan mengedarkan borang pendaftaran dan malam itu juga perlu diserahkan dan sesiapa yang lambat akan dikenakan denda. Sila bawa bersama duit sebanyak Rm 30 untuk urusan pendaftaran dan juga bayaran untuk gathering pertama kita untuk tahun 2014 ini. BENDAHARI :En Vickneshvar A/L Veerabalan sila datang untuk sesi kumpul duit...jalan kan tugas wokey.. ^^ Sekian, Terima Kasih.. ^^

1

Persetiaan dan Undang Undang Pengakap





Bahawa dengan sesungguhnya,saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan 

Taat Kepada Tuhan,Raja dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang Undang Pengakap







Seorang Pengakap itu adalah

1.Seorang Pengakap adalah seorang yang sentiasa boleh dipercayaai

2.Pengakap ialah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta raja raja dan kepada pemimpin pengakap,ibu bapanya, dan masyarakat.

3.Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4.Pengakap ialah sahabat sekelian orang dan bersaudara lain lain pengakap tanpa mengira negeri,negara,pangkat atau agamanya.

5.Pengakap ialah seorang yang baik budi pekertinya dan sentiasa berbudi kepada diri, masyarakat,dan agama.

6.Pengakap adalah seorang yang baik dan kasihkan binatang.

7.Pengakap ialah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa,ketua patrol,dan pemimpinnya.

8.Pengakap ialah seorang yang sentiasa tabah hati,sabar dan manis air mukanya di dalam waktu kesusahan.

9.Pengakap sentiasa berjimat cermat.

10.Pengakap ialah seorang yang bersih  dan suci fikiran,suci perkataan, serta suci perbuatannya.






1 comments :

Unknown said...

Do you have more information about this...if you have please know me... Thank you

Post a Comment