• Aktiviti Berfutsal Elite Rovers

    Pada 22 Februari bersamaan hari sabtu yang lalu kami telah bermain futsal dengan semua ahli ahli bertempat di Challenger Sports,Kepong.Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • Gathering Kumpulan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.

    Pada 25 Januari bersamaan hari Sabtu,satu gathering telah pun diadakan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.Sila Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • COMDECA 2014 (Community Development Project)

    APA ITU COMDECA? COMDECA adalah singkatan bagi Community Development Camp 2014. COMDECA merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang mana Pengakap Kelana akan turun padang bersama-sama didalam membangunkan masyarakat setempat. Fokus pada kali ini ialah masyarakat nelayan di salah sebuah perkampungan nelayan di Kuantan.

  • Mesyuarat Krew Yang Pertama Untuk Tahun 2014

    Assalamualaikum dan Salam Pengakap ,Kepada semua ahli pengakap kelana E Elite Rovers, anda semua dijemput menghadiri Mesyuarat Kumpulan yang akan di adakan di:- RESTORAN SERI MAHKOTA,SENTUL PUKUL 9:00 MALAM 23/1/2014 (Hari Khamis malam jumaat) Perlu diingatkan sini bahawa kehadiran adalah WAJIB kerana kita akan mengedarkan borang pendaftaran dan malam itu juga perlu diserahkan dan sesiapa yang lambat akan dikenakan denda. Sila bawa bersama duit sebanyak Rm 30 untuk urusan pendaftaran dan juga bayaran untuk gathering pertama kita untuk tahun 2014 ini. BENDAHARI :En Vickneshvar A/L Veerabalan sila datang untuk sesi kumpul duit...jalan kan tugas wokey.. ^^ Sekian, Terima Kasih.. ^^

0

Ikatan Dan Simpulan


Ikatan Tali – Simpulan Buku Sila
Fungsi:
1. Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
2. Biasanyan digunakan untuk menyambung tali khemah, bungkusan hadiah dan ikatan kain anduh. kerana ianya mudah dibuka semula.
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.
Ikatan Tali – Simpulan Bunga Keti
Fungsi:
1. Menyambung dua hujung tali yang tidak sama jenis dan saiz.
2. Biasa digunakan untuk mengikat tali kapal atau perahu di jeti
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.

Ikatan Tali – Simpulan Manuk

Fungsi:
1. Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
2. Kelebihan ikatan ini adalah mudah diikat dan ditanggalkan.
Ikatan Tali – Simpulan Tindih Kasih

Fungsi:
1. Digunakan untuk mengikat leher binatang, benda dan sebagainya tanpa menjerut lehernya.
2. Biasa digunakan oleh penternak lembu, kambing dan juga kuda.

0 comments :

Post a Comment