• Aktiviti Berfutsal Elite Rovers

    Pada 22 Februari bersamaan hari sabtu yang lalu kami telah bermain futsal dengan semua ahli ahli bertempat di Challenger Sports,Kepong.Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • Gathering Kumpulan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.

    Pada 25 Januari bersamaan hari Sabtu,satu gathering telah pun diadakan di Festival City Mall,Danau Kota,Setapak.Sila Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • COMDECA 2014 (Community Development Project)

    APA ITU COMDECA? COMDECA adalah singkatan bagi Community Development Camp 2014. COMDECA merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang mana Pengakap Kelana akan turun padang bersama-sama didalam membangunkan masyarakat setempat. Fokus pada kali ini ialah masyarakat nelayan di salah sebuah perkampungan nelayan di Kuantan.

  • Mesyuarat Krew Yang Pertama Untuk Tahun 2014

    Assalamualaikum dan Salam Pengakap ,Kepada semua ahli pengakap kelana E Elite Rovers, anda semua dijemput menghadiri Mesyuarat Kumpulan yang akan di adakan di:- RESTORAN SERI MAHKOTA,SENTUL PUKUL 9:00 MALAM 23/1/2014 (Hari Khamis malam jumaat) Perlu diingatkan sini bahawa kehadiran adalah WAJIB kerana kita akan mengedarkan borang pendaftaran dan malam itu juga perlu diserahkan dan sesiapa yang lambat akan dikenakan denda. Sila bawa bersama duit sebanyak Rm 30 untuk urusan pendaftaran dan juga bayaran untuk gathering pertama kita untuk tahun 2014 ini. BENDAHARI :En Vickneshvar A/L Veerabalan sila datang untuk sesi kumpul duit...jalan kan tugas wokey.. ^^ Sekian, Terima Kasih.. ^^

Wednesday, August 6, 2014

1

Majlis Pemberian Kurma Sempena Bulan Ramadhan





Satu Majlis Pemberian Kurma dengan kerjasama Pemuda UMNO Sri Kelantan telah pun diadakan di Stesen LRT Sentul Timur pada 30 Jun pukul 5:30 petang.Antara ahli yang terlibat adalah:-

En.Abdul Haziq Bin Mohd Kamel
En.Zulfadzli Bin Ismail
En.Muhammad Hafiz Bin Khalid
En.Muhd Najib Bin Jasmani

Majlis telah berjalan dengan jayanya dan telah berakhir pada pukul 6:30 petang.

Sekian,Terima Kasih.
0

Majlis Pengagihan Bubur Lambuk






Satu Majlis Pengagihan Bubur Lambuk telah pun diadakan di Flat Sri Kelantan pada 20 Julai pada pukul 5:30-6:45 petang. Antara yang terlibat dari krew kita adalah En.Najib Bin Jasmani, En.Mohamed Farez Bin Zakaria, En. Abdul Haziq Bin Mohd Kamel, En.Zulfadzli Bin Ismail, dan En.Muhammad Hafiz Bin Khalid. Program ini diadakan dengan kerjasama dari Pemuda UMNO Flat Sri Kelantan dan juga Pemuda UMNO bahagian Batu,majlis telah berjalan dengan jayanya dan bersurai pada pukul 6:45 petang

Sekian,Terima Kasih.
0

10th Asia Pacific Regional Air/Internet Jamboree 2014



Satu Jambori Jota Joti Program 10th Asia Pacific Regional Air/Internet Jamboree 2014 National HQ Station (9M2PPM) telah pun diadakan di SK Setiawangsa pada 1/8/2014 - 3/8/2014 iaitu bersamaan hari Jumaat hingga hari Ahad.SK Setiawangsa telah pun dipilih sebagai National HQ station dengan callsign (9M2PPM). Sebanyak 5 orang dari Krew kelana kita telah membantu dalam jambori ini iaitu

Zulfadzli Bin Ismail
Muhammad Hafiz Bin Khalid
Abdul Haziq Bin Mohd Kamel
Muhd Najib Bin Jasmani
Mohamad Farez Bin Zakaria.

Sekian,Terima Kasih.
0

Majlis Iftar Kelana KL








Satu majlis iftar bersama semua kelana dalam K.L telah pun diadakan di Titiwangsa pada 7 Julai 2014 . Sebanyak  51 orang telah hadir ke majlis tersebut dan ianya berjalan dengan jayanya.Majlis bersurai pada pukul 11:00 malam.

Sekian,Terima Kasih.

Tuesday, August 5, 2014

0

Jom Derma Darah




Satu kempen derma darah akan diadakan pada 23/8/2014 di SMP Jalan Ipoh,seperti butiran diatas.Kempen derma darah anjuran Pasukan Pengakap dan PBSM sekolah tersebut mengalu alukan kedatangan sesiapa yang ingin menderma darah pada hari tersebut.

Sekian,Terima Kasih.